Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matanya

Puisi
 

Pisau kecil baik dikilir,
     Supaya deras matanya tajam;
Hujan di hulu hujan di hilir,
     Gunung tinggi bilakah karam?


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seberapa panjang sarung,
     begitulah panjang matanya.

Bermaksud :

Perangai (perkataan) yang baik atau jahat menunjukkan sedikit banyaknya ilmu seseorang. sarung = sarung keris atau sarung pisau.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaPisau kecil baik dikilir, Supaya deras matanya tajam; Hujan di hulu hujan di hilir, Gunung tinggi bilakah karam?
Kurik Kundi Merah SagaKati-kati dalam perahu, Anak punai merah matanya; Luka hati siapakan tahu, Luka tangan tampak darahnya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak seluang si mangki-mangki, Anak kalatau merah matanya; Anak orang laki-laki, Sudah besar banyak tuahnya.
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga.
Kurik Kundi Merah SagaEmas merah kesuma danding, Perahu sarat seperti pelanting; Awaknya putih pinggang ramping, Matanya tajam seperti gunting.
Kurik Kundi Merah SagaPinang orang pinangku juak, Jika diumbut putih akarnya; Tunang orang tunangku juak, Kalau dirabun putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Ikan haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dadanya; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih matanya.
Kurik Kundi Merah SagaWak-wak di pucuk pumpung, Mengirai-ngirai bulu dadanya; Sudah juak di pintu kampung, Berderai-derai air matanya.

Kembali ke atas