Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Anak kuda mati direjam,
     Mati telentang tepi padang;
Memang ada senjata tajam,
     Saya tunggu apa yang datang.


Lihat selanjutnya...(70)
Peribahasa

Biduk pecah nakhoda mati,
     anak buah bercerai-berai.

Bermaksud :

Apabila perusahaan yang besar mengalami kerugian maka pekerja-pekerjanya pun bercerai-berai.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak laksamana bermain pedang, Anak Belanda mencukur janggut; Membuang tuba di tengah padang, Anak mati di tengah laut.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak yu mati terlentang, Mati ditikam duri semilang; Pilu hati bukan kepalang, Gunung tinggi menjadi padang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak pipit mati terhimpit, Mati dipanah kumbang hijau; Santaplah tuan pinang bergigit, Saya nak membelah tidak berpisau.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon pandan; Baru sekarang saya mendapat, Terasa nyawa pulang ke badan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di perdu buluh; Ini sekarang baru kudapat, Dapat panggul kumbang berteduh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ikan anak angsa, Anak kala makan api; Patuk tedung abang tak bisa, Jeling janda nyaris nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hilanglah tuan boleh dicari, Hilang anak susah dapat.
1234567

Kembali ke atas