Kurik Kundi Merah Saga | Embun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air mawar jatuh ke laut, Gulai itik sama belangkas; Apa soalnya tidak disahut, Adinda belum tahu membalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah datuk di Tanjung Mawar, Ayam denak si tiga puluh; Santap tuan memakan tawar, Sirih tanam belum tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang pelamuk si air mawar, Sayang mandi di dalam cangkir; Sudah mahu kata benar, Jangan janji diberi mungkir. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ubi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Seri Baginda raja di Acheh, Mandi bersiram si air mawar; Sudah bertemu dengan kekasih, Racun diminum jadi penawar. |