Kurik Kundi Merah Saga | Gunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah betik dari Medan, Jual mari pasar Melaka; Cantik bulan di kaki awan, Memancar-mancar mengeluar cahaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah langsat di Kota Medan, Dibawa orang dari Belawan; Kalau sesat di hujung jalan, Surut ke pangkal jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berseru di tengah medan, Pegang senjata minta lawan; Singa bertempik tengah hutan, Garoda lari sampai ke awan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak atas jambatan, Campak batu seorang satu; Ramai duduk di medan, Campak pantun seorang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan bawal berenang petang, Beli ikan di tepi dewan; Hendak kucuba di medan perang, Segala musuh hendak ditawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. |