Kurik Kundi Merah Saga | Ada kerusi ada meja, Itulah tempat membasuh kaki; Ada budi ada bahasa, Itulah tempat ditaruh hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Belum dimakan jangan dijamah, Di atas meja hidangan juadah; Beralih kain di balik rumah, Beralih cakap di balik lidah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa? |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah keranji buah delima, Mari letak atas meja; Sirih pinang sudah kuterima, Tanda jadi kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan nasi ulamnya jantung, Jantung ada atas meja; Saya malas orang kampung, Orang kampung soalkan belanja. |