Kurik Kundi Merah Saga | Dari Melaka ke Singapura, Kelip-kelip api di kota; Jangan suka menanam bisa, Kerap-kerap rosak binasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Melaka pergi ke Pahang, Singgah ke Johor beli berangan; Saya mengucap selamat datang, Jikalau salah dikeji jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Melaka ke Tanjung Tuan, Singgah bermalam di rumah Cik Siti; Bila kunampak muka tuan, Rasa besar di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Melaka membuat titi, Titi dibuat papan melintang; Alangkah gembiranya rasa di hati, Menengok abangku sudah pun datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke bandar Melaka ke rumah Cik Alang, Hendak bersafar ke Tanjung Keling; Kalau semua orang berambut panjang, Apatah hal nasib si tukang gunting? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam ini ayam Melaka, Mari dijual ke Tanjung Pagar; Kalau tuan ingin berniaga, Hasil negeri mahulah dibayar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? |
Kurik Kundi Merah Saga | Dukung anak dari Melaka, Disambar jin di tepi kolam; Intan terletak gunung permata, Cahaya melimpah serata alam. |