Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina telinga bertindik, Badan kurus panjang lampai; Hendak melangkah kaki pendek, Hendak mencapai tangan tak sampai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisau tunjung ke laut, Mari dinaik melihatlah bulan; Apa khabar melangkah laut, Kamilah di rumah melihat bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis di tebing raut, Masak sebutir membilang tandan; Adik pergi melangkah laut, Abang di rumah membilang bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok nyiur di tepi laut, Anak sembilang di bawah batang; Kakanda tuan melangkah laut, Dualah pulang tiga datang. |