Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn mengguna­kan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.hat] | مليهت

Definisi : 1 nampak apabila memandang; tidak buta: Sejak kemalangan itu, dia tidak dpt ~ lagi. 2 menggunakan mata utk mengetahui (memandang, menengok): Mereka pergi ke Teluk Kemang utk ~ anak bulan. 3 menilik; meramalkan (nasib dll). 4 melawat orang sakit dll; menziarahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau melihat air yang tenang,
     Jangan disangka tiada buaya;
Karam di laut boleh berenang,
     Karam di darat apakan daya.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Melihat bayang-bayangnya di air.

Bermaksud :

Gilakan sesuatu yang tak mungkin diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung nuri hinggap di dahan, Melihat undan di pokok cendana; Pilu hati tidak tertahan, Melihat tuan duduk merana.
Kurik Kundi Merah SagaKalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaKalau melihat air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya; Karam di laut boleh berenang, Karam di darat apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaDewa-dewa melihat sakti, Diam dalam gua batu; Jangan encik susah hati, Susah ada Tuhan membantu.
Kurik Kundi Merah SagaKe seberang kami dahulukan, Melihat jejati olongan kami; Berperang kami dahulukan, Mana yang mati tanggungan kami.
Kurik Kundi Merah SagaRibut-ribut bawa pukat, Melihat gelung di Selat Jawa; Kita hidup tanda muafakat, Tolong-menolong tanda sejiwa.
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad pergi ke panggung, Melihat cerita Seri Andalas; Hati rindu tidak tertanggung, Budi tuan tidak terbalas.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat di tanah merah, Terambat pula ikan putihan; Tuan melihat buah rasau merah, Ketinggalan juga buah durian.
Kurik Kundi Merah SagaMakan asam tidak bergaram, Garam ada di atas meja; Melihat tuan kenangkan kawan, Kawanlah ada jauh di mata.
12345

Kembali ke atas