Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.lit] | مليليت

Definisi : 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.lit] | مليليت

Definisi : membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Habislah kangkung melilit padi;
Sudah lama saya tak pandang,
     Habislah jantung melilit hati.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Umpama sirih,
     menjalar dulu kemudian melilit,
barulah memanjat ke pucuk junjung.

Bermaksud :

Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati.
Kurik Kundi Merah SagaSudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati.
Kurik Kundi Merah SagaKacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum.
Kurik Kundi Merah SagaDua kali jagung berbuah, Melilit mari batang padi; Tidak kutakut terkena marah, Syukur kudapat si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaBukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.
Kurik Kundi Merah SagaPanjang rambut Cik Jelita, Panjang melilit ke tumit kaki; Dengarlah dengar murai cerita, Kapal berlabuh di Tanjung Jati.
Kurik Kundi Merah SagaKecil-kecil kacang kelisa, Pandai melilit di pagar orang; Tengok kecil mulutnya bisa, Pandai menyakit hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di ranting kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang menyambut pengantin baru.
Kurik Kundi Merah SagaBukan kacang sebarang kacang, Kacang melilit di pohon kayu; Bukan datang sebarang datang, Datang jemput kerana malu.
Kurik Kundi Merah SagaBukan jagung sebaranglah jagung, Kacang melilit di batang aru; Bukannya datang sebarang kampung, Datang menghibur hati yang baru.
12

Kembali ke atas