Kurik Kundi Merah Saga | Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tontong memanah Semarang, Buang satu sembilan puluh; Tuan laksana pokok rausang, Boleh saya menumpang berteduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras pulut bercampur padi, Laksamana memanah dulang; Di mulut sedih di hati, Belum ada anak seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak pipit kembang ekor, Orang memanah padang seberang; Adik tidak beralih tidur, Takut dimarah oleh abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. |