Kurik Kundi Merah Saga | Sungai Kantan bertembok batu, Tempat orang membuat perahu; Ayam jantan memang begitu, Pandai berkokok bertelur tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Layang-layang bertali besi, Tanam selasih muka pintu; Sekali sayang sekali benci, Orang kasih memang begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |