Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jat] | ممنجت

Definisi : 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,

Puisi
 

Riang-riang memanjat pagar,
     Anak kura kena belantik;
Hari siang abang tak sedar,
     Saya tidur dua beradik.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Memanjat pokok cekur boleh jatuh mati.

Bermaksud :

Hukuman yang berat kerana kesalahan yang sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak kala memanjat pinang, Nampak dari tanah Makkah; Masa ini kita bertunang, Sabar-sabarlah sebelum menikah.
Kurik Kundi Merah SagaRiang-riang memanjat pagar, Anak kura kena belantik; Hari siang abang tak sedar, Saya tidur dua beradik.
Kurik Kundi Merah SagaSelinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang.
Kurik Kundi Merah SagaSelinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang.
Kurik Kundi Merah SagaNaik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang.
Kurik Kundi Merah SagaBulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.
Kurik Kundi Merah SagaDari teluk ke Tanjung Tamping, Anak Riau memanjat pagar; Sudah terpeluk pinggang yang ramping, Hari siang haram tak sedar.

Kembali ke atas