| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk mengkira di dalam dulang, Serak dagang bertali-tali; Murai membaca turunlah pulang, Balik abang sekali lagi. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam turunnya lima, Mati seekor tinggalnya empat; Budi Tuhannya sudah diterima, Supaya hambanya membaca sifat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar di laut Sunda, Hendak mencari batu permata; Surat ini karangan saya, Harap sudi tuan membaca. |