Kurik Kundi Merah Saga | Jangan adik membakar arang, Abanglah hendak membakar kayu; Janganlah adik kata sebarang, Abang juga berasa malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api membakar embun, Rendang lada disimpul pulih; Kalau kaca tangkainya embun, Pandang ada ambil tak boleh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tidak membakar arang, Abang mengepit si bunga dedap; Saya tidak kata sebarang, Kerana abang tak tahu adab. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah; Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Kob membakar arang, Nampak laut Sungai Duri; Apa merajuk kepada orang, Pergi ke laut membuang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Palembang, Anak Jawa membakar arang; Pelayaran tuan tiada menambang, Karam berdua basah seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ke titi dari seberang, Batang mancis membakar badan; Alak hati siapa kian melarang, Siapatah kian dapat menahan. |