Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1. mengangkat sesuatu sambil bergerak ke suatu tempat lain, mengangkut, memikul, mendukung, menjunjung: pakaian yg dibawanya hanya yg lekat di badan; 2. memimpin (mengiringi dsb) seseorang lain pergi ke sesuatu tempat: ~ anak ke sekolah; 3. mendatangkan, mengakibatkan, menyebabkan: masa tiga tahun belumlah ~ perubahan sebanyak itu; buangkanlah apa yg ada pd kita yg ~ kpd rosaknya agama Islam; kereta api yg ~ maut; 4. melibatkan, memasukkan (dlm sesuatu perkara): janganlah dibawa-bawa orang tua saya dlm perkara ini; 5. hingga, sampai: pakaian itu berharga antara lima puluh ~ ke tujuh puluh ringgit;dr petang ~ ke malam hari, tak putus-putus orang datang melawat; 6. bp memandu kenderaan; ~ adat = ~ bulan haid, datang bulan; ~ alamat memberi alamat, menandakan; ~ aturan sendiri bp menurut kesukaan sendiri; ~ berat mengandung, hamil; ~ diri a) mengembara, melarikan diri; b) menyesuaikan diri (dgn keadaan): ia dapat ~ diri di mana-mana; ~ duduk menjemput duduk; ~ gelak mengakibatkan orang tertawa; ~ halnya mengembara mencari penghidupan; ~ hati a) mencurahkan isi hati; b) = ~ masuk hati menjadikan kecil hati; c) berasa kecewa (kerana kegagalan cinta dll), merajuk; ~ hidup merantau mencari penghidupan; ~ iman beriman kpd Allah dgn memeluk agama Islam; ~ kacau mengakibatkan kacau; ~ kakinya pergi tidak tentu hala; ~ ke air membawa anak mandi; ~ lari melarikan; ~ makna mengandungi sesuatu maksud; ~ malu memalukan; ~ mati a) menyebabkan mati; b) membawa sampai ke kubur; ~ mulut a) datang hanya utk bercakap-cakap dan makan-makan; b) menceritakan hal seseorang kpd orang lain; ~ nasib pergi mencari penghidupan; ~ nyawa menyelamatkan diri; ~ perut datang utk makan sahaja; ~ salah salah faham (mengerti); ~ singgah menyilakan singgah; ~ soal mengemukakan soal; ~ tempurung meminta sedekah; ~ untung a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; dibawa arus hanyut; dibawa ke muka pengadilan dihadapkan ke mahkamah utk perbicaraan; dibawa ke tengah dikemukakan kpd pihak-pihak tertentu yg boleh mengambil tindakan ke atas sesuatu yg dikemukakan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.wa] | ممباوا

Definisi : 1 memegang sesuatu sambil berjalan; memegang sesuatu dr suatu tempat ke suatu tempat yg lain: Tiap-tiap hari, saya ~ bekal ke sekolah. 2 mengajak pergi bersama; memimpin atau mengiring utk menunjukkan jalan: Pd hari Ahad yg lalu, saya ~ adik saya bersiar-siar di Taman Tasik Perdana. 3 menyebabkan berlakunya sesuatu; mengakibatkan; mendatangkan: Usaha ini akan ~ kesenangan kpd kita. 4 menarik atau melibatkan (dlm sesuatu perkara, urusan dsb): Kamu jangan ~ namaku dlm urusan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)

505

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, segala kerbau dikatakan membawa lumpur juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaSaya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang.
Kurik Kundi Merah SagaMembawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang.
Kurik Kundi Merah SagaMakan sate makan rojak, Makan dengan air manis; Tuan pandai membawa segak, Di dalam segak membawa manis.
Kurik Kundi Merah SagaHujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan?
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membawa lidi, Lidi dibawa negeri China; Susah tuan beranak tiri, Hendak sabar bersama-sama.
Kurik Kundi Merah SagaApalah guna membawa lokan, Kalau ikat tidak bertali; Apalah guna jauh dipesan, Masa dekat tidak dipeduli.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca.
Kurik Kundi Merah SagaAnak India membawa madat, Dari Kedah langsung ke Bali; Hidup manusia biar beradat, Bahasa tidak berjual-beli.
123456

Kembali ke atas