Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak sajak membelah kundur, Sajak membelah kayu api; Tidaklah sajak kubawa tidur, Sajak memicit hujung jari.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali membelah kundur, Kundur terletak atas papan; Apa jadi saya tak undur, Tumpah darah atas papan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan membelah jati, Belah jangan terlampau panjang; Jangan tuan berkecil hati, Saya memohon izin pulang.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.
Kurik Kundi Merah SagaPandailah pandai membelah buah, Buah dibelah pakailah parang; Pandailah pandai membawa olah, Jangan ketara di muka orang.
Kurik Kundi Merah SagaBab Aleh pergi membelah, Pakailah baju kasa keringkam; Senangnya keling memegang tasbih, Ekor nan mata nikam senikam.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Cik Asiah membelah kelapa, Masak sembilang dikata tenggiri; Rindu susah bayang siapa, Bayang tak bayang hati sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaKapak sekali ini, Entah membelah entahkan tidak; Berdagang sekali ini, Entahkan kembali entahkan tidak.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk-duduk atas jambatan, Budak-budak membelah rotan; Baik dibuang segala muatan, Datang barat campur selatan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak membelah rotan; Kalau tak cukup muatan di petak, Jangan suka melanggar lautan.
12

Kembali ke atas