Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : ; berjual ~ menjual dan membeli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.li] | ممبلي

Definisi : mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membeli

Puisi
 

Membeli tali pasar Senyawan,
     Singgah di surau tangga berlian;
Merosak hati menggugur iman,
     Seperti pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Sayang rugi membeli tali timba,
     air setitik tak dapat.

Bermaksud :

Kerana takut rugi pekerjaan tidak jadi atau keuntungan tidak dapat.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau abang membeli jarum, Boleh adik membeli tali; Kalau abang minta nak cium, Upah cium tendang sekali.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli tali pasar Senyawan, Singgah di surau tangga berlian; Merosak hati menggugur iman, Seperti pungguk rindukan bulan.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli tali pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Demi kupandang wajah menawan, Manakan ajak apa jadi.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli tali di pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Merosak hati menggugur iman, Menyuruh gila apakan jadi?
Kurik Kundi Merah SagaMembeli songket di kampung Cina, Kadung berisi buah berangan; Tahan racik burung tak kena, Burung biasa makan di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli sirih dari pekan, Mengasah kapak menuju kebun; Hati kasih kepada tuan, Sehari tak nampak rasa setahun.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli selasih dari pekan, Hendak membawa ke negeri China; Kerana kasih di tangan orang, Makan tak lalu tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaMembeli baju bunga kenanga, Ada lebih untuk berganda; Harap pemalu kamu semua, Di situ tuan melihat rupa.
Kurik Kundi Merah SagaKalau membeli kuda belang, Beli sekali kuda semberani; Anak dagang hendak pulang, Makin pilu di hati kami.
Kurik Kundi Merah SagaOrang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.
12345678

Kembali ke atas