Kurik Kundi Merah Saga | Abang Abu duduk bermenung, Mari berjalan Kampung Tembirat; Hendak mengikat ekor burung, Ambillah tali pakai pengikat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi. |
Kurik Kundi Merah Saga | asdf asdf asd afasdf asf |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang ayam di tengah laman, Kuis-kuis mencari makan; Sudah biasa dacing di tangan, Rugi di kampung untung di pekan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Kalau tuan tak tahan rugi, Janganlah bermain dari mula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cina anak Cinaku, Jawa bodoh balik ke Bugis; Jangan berniaga barang tak laku, Hingga berlapuk jual tak habis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pusing gasing tangan kidal, Tali pendek putus sejengkal; Kalau untung bercampur modal, Itu tanda berniaga tak kekal. |