Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaOrang hulu membeli badik, Badik dicuci lalu disental; Tidur malam mimpi memeluk adik, Bila kujaga kulihat bantal.
Kurik Kundi Merah SagaHitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.
Kurik Kundi Merah SagaAsuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.

Kembali ke atas