Kurik Kundi Merah Saga | Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau hendak memikat kedidi, Anak beruk mari dikandang; Kalau ikhlas hendak berbudi, Helah jangan ke lain menyimpang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Mat memikat tekukur, Pikat mari Tanjung Jati; Lautan besar pulau bertabur, Siapa tengok bersayu hati sayu |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan segi bertekad, Dibawa datang ke Inderagiri; Kalau tuan pandai memikat, Burung terbang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam hutan terbang ke hutan, Hinggap di tanah mencari makan; Hendak memikat burung di hutan, Burung di sangkar mati tak makan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik. |