Kurik Kundi Merah Saga | Baik-baik memilih ikan, Jangan terpilih ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Salleh memancing udang, Udang dipancing dalam perahu; Pilih memilih bawa tukang, Baru kenal sutera belacu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pilih-pilih tempat nak mandi, Pertama teluk kedua pantai; Asyik memilih kain sekodi, Manakan laku kain sehelai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan menanam selasih, Jangan ditanam di bawah titi; Kalau tuan memilih kasih, Jangan berubah sampai ke mati. |