Kurik Kundi Merah Saga | Buah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Itik-itik di Kampung Cina, Buah mempelam masak bercahaya; Adik-adik abang bertanya, Berapa bulan kasihkan saya? |