Kurik Kundi Merah Saga | Banyak saya menabur padi, Padi habis dimakan merang; Banyak saya menabur budi, Budi tidak dikenang orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laksamana menabur durian, Buah belimbing terhentak-hentak; Tuan laksana buah durian, Di sana gugur sana melantak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baik-baik menabur bayam, Jangan bertabur ke benih maman; Baik-baik memelihara ayam, Helang berlegar tengah laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayuh encik ayuh saudara, Cuba-cuba menabur padi; Kalau ada angin utara, Apa kehendak serba jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah padi selasih dulang, Saya menumpang menabur lada; Buah hati kekasih orang, Kami berdua berpandangan mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bi Semat di kepala tangga, Cubalah juak menabur padi; Beri alamat kepada kamek berdua, Dapatlah kamek berdua menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menggali ubi, Ubi digali lagi muda; Penat saya menabur budi, Belum juga mendapat jasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Marilah kita menanam padi, Padi ditanam di dalam bendang; Marilah kita menabur budi, Supaya kita dikenang orang. |