Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah mela­lui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Biar tidak menaiki lori,
     Asal boleh naik kereta;
Biar tak makan dua hari,
     Asalkan boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRakyat datang menaiki lancang, Lancang hanyut ke Kuala Linggi; Adik suka mengikut abang, Kalau tak abang siapa lagi?
Kurik Kundi Merah SagaBiar tidak menaiki lori, Asal boleh naik kereta; Biar tak makan dua hari, Asalkan boleh berjumpa mata.
Kurik Kundi Merah SagaCanang dipukul bertali-tali, Rakyat datang menaiki lancang; Kalau abang meminta sendiri, Adakah adik sukakan abang.

Kembali ke atas