Kurik Kundi Merah Saga | Bukan saja saya menali, Saya menali benang melati; Bukan saja adik menyanyi, Adik menyanyi menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna pandai menali, Kalau tidak pandai melampun; Apa guna jadi penari, Kalau tidak pandai berpantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lama sudah kami menali, Ditali-tali tak mahu panjang; Lama sudah kami menanti, Yang dinanti tak mahu datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang. |