Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaYang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah.
Kurik Kundi Merah SagaUsik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah.
Kurik Kundi Merah SagaBurung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kuda tepi perigi, Masuk di kolam mandikan anak; Seburuk-buruk parang besi, Menang juga kayu yang banyak.
Kurik Kundi Merah SagaIkan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaAngkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang.

Kembali ke atas