Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gu/] | منڠݢوق

Definisi : menangkap (ikan dll) dgn tang­guk: abang ke sungai ~ udang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gu/] | منڠݢوق

Definisi : menangkap ikan dll dgn tangguk: Dia turun ke sungai utk ~ udang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguk (kata nama)
Bersinonim dengan lukah, bubu, sanuk, tangkul, siring, bintuh, bintur, langgai;,
Kata Terbitan : menangguk, tertangkuk,

Puisi
 

Orang menangguk anak udang,
     Burung pipit kembang ekor;
Bukan tak tahu masuk seorang,
     Takut adik beralih tidur.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Hendak menangguk ikan,
     tertangguk akan batang.

Bermaksud :

Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMenangguk di batu licin, Dapat udang selima-lima; Menengok sanggul licin, Nak balik ke janda lama.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menangguk anak udang, Burung pipit kembang ekor; Bukan tak tahu masuk seorang, Takut adik beralih tidur.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal.
Kurik Kundi Merah SagaDi tepi sungai ramai pemuda, Menangguk ikan di air keruh; Apa salah berbini janda, Anak tiri boleh disuruh.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang.
Kurik Kundi Merah SagaPasir tinggi Kuala Patani, Rasa nak menangguk rasanya tidak; Apa tafsir kepada kami, Rasa nak masuk rasanya tidak.
Kurik Kundi Merah SagaApa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.
Kurik Kundi Merah SagaBuih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang.

Kembali ke atas