Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak dipatuk tedung, Dibuat-buat menangis-nangis; Saya ibarat buah kedondong, Dahulu kelat kemudian manis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis asam gelugur, Dua urat asam belimbing; Menangis mayat dalam kubur, Melihat papan menjadi dinding. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asal buah asam gelugur, Tiga dengan asam bali; Menangis diri di pintu kubur, Dunia tak boleh balik dua kali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi gunung si Karamayan, Kulihat kapal jauh berlabuh; Menangis badan kesunyian, Air mata tiada teduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam kandis asam gelugur, Kena dengan asam rumbia; Tuan menangis di pintu kubur, Rasa nak balik ke dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis dipegang budak, Nak buang tak ada beliung; Menangis bukannya budak, Nak terbang bukannya burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan belais boleh menyalak, Kutaruh mari dalam tempurung; Hendak menangis bukan ku budak, Akan terbang bukan ku burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung. |