Kurik Kundi Merah Saga | Pokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tepung pulut dibuat kanji, Dibawa orang ke Seri Menanti; Manis mulut tunang berjanji, Kenapa sekarang tinggal pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari ditetak tebu sejunjung, Letak mengkuang di tanah lubuk; Adik menanti tikar segulung, Masuk abang bercium peluk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba. |