Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ri] | مناري

Definisi : ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ri] | مناري

Definisi : meng­gerakkan badan, kaki serta tangan mengikut irama muzik; melakukan tari: Kakak Salma pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,

Puisi
 

Menari bangun menepung,
     Makan tepung bibir rasa;
Nyaris abang mati terkepung,
     Mujur ada sepintu dua.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Menari (= merentak) di ladang orang.

Bermaksud :

Bersenang-senang memakai harta orang atau bersenang-senang di rumah orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata.
Kurik Kundi Merah SagaMenari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua.
Kurik Kundi Merah SagaPandai menari joget Melaka, Masyhur sampai negeri Siam; Hairan sekali di hati saya, Bercerai kasih di dalam diam.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa.
Kurik Kundi Merah SagaTudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaCinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis.
Kurik Kundi Merah SagaTerbang burung sikalayangan, Dibawanya dandang menari; Bahala gunung awan kayangan, Amun jodoh datang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju.
12

Kembali ke atas