[me.na.ruh] | مناروه
Definisi : 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletakkan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), mengamanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?menaruh (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.na.ruh] | مناروه
Definisi : 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menempatkan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membubuh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)