[men.ca.but] | منچابوت
Definisi : 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.ca.but] | منچابوت
Definisi : 1 menarik keluar supaya terlepas dr sesuatu: ~ rumput; ~ keris. 2 mengambil dr sesuatu kumpulan dsb: ~ daun terup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)