Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)

312

Let sleeping dogs lie

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Anak badak jangan dihambat-hambat

Why should your bother them when they don't bother you? Let sleeping dogs lie. We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Anak badak jangan dihambat-hambat. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaPetua tuan mencari kain, Biar nipis pada jarang; Petua tuan mencari lain, Biar lebih pada kurang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan.
Kurik Kundi Merah SagaPergi mencari si kayu laku, Pacat sampai naik ke kaki; Jangan termenung menongkat dagu, Kerja lain banyak lagi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Daik mencari remis, Membawa bubu bersama tangguk; Disangka baik mulut yang manis, Rupanya tipu dalam pujuk.
Kurik Kundi Merah SagaKe hutan mencari rotan, Cari makan tepi paya; Bukan saya sayangkan umpan, Takut ikan tipu saya.
Kurik Kundi Merah SagaKe hutan mencari cempedak, Cari mari kebun Cik Siti; Sehari makan sehari tidak, Asal hidup jangan mati.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke bukit mencari inai, Inai tidak berbunga lagi; Sungguh ada sutera cindai, Cindai tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke darat mencari gambir, Ada secemur rupa serkap; Sudah tersurat kepada takdir, Ada sedikit tersalah cakap.
12345678910...

Kembali ke atas