Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ci] | منچوچي

Definisi : 1 menghilangkan kotoran dgn air dll; membersihkan; membasuh: ~ pakaian. 2 membersihkan sesuatu (dgn penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuci

Puisi
 

Hujan ribut mencuci kain,
     Belum kering bertolak ke tanah;
Bila tuan sedang bermain,
     Kamilah pula kena fitnah


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAir cetek mencuci baju, Bangun siang menidur anak; Lama ditinggal ingatkan satu, Jangan tak hibur oranglah banyak.
Kurik Kundi Merah SagaHujan ribut mencuci kain, Belum kering bertolak ke tanah; Bila tuan sedang bermain, Kamilah pula kena fitnah
Kurik Kundi Merah SagaKain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaKain putih dicuci putih, Tengah mencuci sabun hilang; Tuan kasih saya pun kasih, Setengah kasih bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Bandung airnya biru, Tempat budak mencuci muka; Lagi sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaDari seberang naik rakit, Sampai ke darat mencuci tangan; Selagi ada ladang di bukit, Susah nak tumbuh tanam-tanaman.
Kurik Kundi Merah SagaMaaf saja kena ke baju, Rasa dapat mencuci kain; Maaf saja kerana malu, Rasa tak dapat duduk bermain.
Kurik Kundi Merah SagaCik Siti pergi ke hulu, Sampai di hulu mencuci kain; Cari ganti sabar dahulu, Ini belum mahu pada yang lain.

Kembali ke atas