Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.ki] | منداکي

Definisi : 1 memanjat (bukit, gunung dll): Dia mencuba ~ gunung itu tetapi gagal. 2 makin naik atau meninggi: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa mengambil jalan yg ~ dan berliku-liku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendaki

Puisi
 

Kalau ke bukit sama mendaki,
     Kalau ke laut sama berenang;
Kalau kita bersatu hati,
     Kerja yang berat menjadi senang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tertukik jejak mendaki,
     tersendorong jejak menurun.

Bermaksud :

Kaum kerabat yang telah jauh tidaklah berapa kuat pada tuntutan hak waris. tertukik = tertakik; tersendorong = tergelincir ke muka.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ke bukit sama mendaki, Kalau ke laut sama berenang; Kalau kita bersatu hati, Kerja yang berat menjadi senang.

Kembali ke atas