Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ném.ba/] | منيمبق

Definisi : 1. mengarahkan kpd, memak­sud­kan, menuju; 2. ki menyambar (petir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ném.ba/] | منيمبق

Definisi : 1. melepaskan bedilan dgn senjata api (senapang, pistol, dll), melepaskan bedilan ke arah (seseorang atau sesuatu), membedil: seorang pun tidak berani ~ harimau yg ganas itu; 2. Id menyepak bola ke arah gol (dlm permainan bola sepak); 3. ki berbuat bohong, membohongi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tembak
Kata Terbitan : bertembak-tembakan, menembak, tembakan, penembakan, penembak,

Puisi
 

Orang menembak Johor Lama,
     Asap sampai Johor Bahru;
Hajat hati sudah lama,
     Nak cakap takut malu.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang menembak sampai ke awan, Kain kuning dibuat baju; Dilambung ombak sampai ke awan, Lancang kuning bertambah maju.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menembak Johor Lama, Asap sampai Johor Bahru; Hajat hati sudah lama, Nak cakap takut malu.
Kurik Kundi Merah SagaBudak menembak tiga sekawan, Sagun berderai di atas tikar; Pesan saya lupalah jangan, Lupalah jangan di dalam sedar.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menembak berdetus, Bunyi sampai tepi madrasah; Nampak genting tidak putus, Dengar berderak tidak patah.
Kurik Kundi Merah SagaBulan terang menembak camar, Camar ditembak celah batu; Budak berdua memang dilamar, Tidaklah adik abang malu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi.
Kurik Kundi Merah SagaTuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.
Kurik Kundi Merah SagaDatang cikgu menanam kacang, Ditanam oleh anak sekolah; Hendak menembak burung terbang, Burung terbang terlampau payah.

Kembali ke atas