Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1. = ~ Quran (belajar) membaca Quran; (sudah) khatam ~ sudah selesai belajar membaca Quran (sudah boleh membaca Quran seluruhnya); ~ batang belajar membaca dgn tidak mengeja satu per satu perkataannya; 2. belajar, menuntut: ~ di sekolah kampung; akan ~ suratlah hilang, akan bertanya gurulah mati prb keadaan sulit yg tiada dapat diselesai­kan lagi kerana punca utk menyelesaikannya tidak ada lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.ji] | مڠاجي

Definisi : 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengaji

Puisi
 

Mengaji Qurªan Istanbul,
     Lambat pandai di tengah hari;
Kalau adinda berhati betul,
     Kasilah abang cincin di jari.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Berbilang dari esa,
     mengaji dari alif.

Bermaksud :

Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengaji daripada alif, membilang daripada esa; sakit bermula, mati bersebab, hujan berpokok, kata berpangkal).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi.
Kurik Kundi Merah SagaMengaji Qurªan Istanbul, Lambat pandai di tengah hari; Kalau adinda berhati betul, Kasilah abang cincin di jari.
Kurik Kundi Merah SagaPergi mengaji berbaju jubah, Mengangkat takbir suara jahat; Dulu janji tidak berubah, Mahunya besi lagi melarat.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi.
Kurik Kundi Merah SagaRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.
Kurik Kundi Merah SagaTuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa.
Kurik Kundi Merah SagaTuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Medan Hutan Aji, Padang Mawa bendang berlumpur; Kalau dah anak mengaji, Bolehlah berdoa di atas kubur.
Kurik Kundi Merah SagaSorong papan tarik papan, Singgah muat dalam perahu; Suruh makan kami makan, Suruh mengaji saya tidak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji.

Kembali ke atas