Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang di celah awan, Pungguk merindu dengan berangan; Sewajar memilih jodoh pertemuan, Tapak tangan satu perjuangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Langit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Empat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai dibasuh, Bulan tidak mengambang lagi; Tinggal kain bekas tubuh, Badan tidak bersama lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang. |