Kurik Kundi Merah Saga | Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ambil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Johor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jatuh ke laut menjadi pulau, Pulau delapan menjadi sembilan; Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung. |