Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganyam

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina menganyam tikar, Bawa mari ke pasar lama; Kalau tuan ajaknya tukar, Mintalah doa selama-lama.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaOrang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaApa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.
Kurik Kundi Merah SagaBidadari dari hutan, Singgah menganyam di dalam kota; Tepuk dada kenangkan tuan, Jatuh berlinang air mata.
Kurik Kundi Merah SagaAda rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang.
Kurik Kundi Merah SagaAsap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.
Kurik Kundi Merah SagaCempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.
Kurik Kundi Merah SagaZaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu.
12

Kembali ke atas