Kurik Kundi Merah Saga | Mengapa digunting baju jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tahan bubu di Sungai Dungun, Seekor ikan haram tak kena; Mengapa adik duduk termenung, Di manakah tempat abang tak kena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Potong ara potong kelapa, Potong mari belakang mati; Mabuk arak tidak mengapa, Mabukkan janda membawa mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kayu pulai kayu kelapa, Tinggal keduduk kait-kait; Saya tinggal tidak mengapa, Awak duduk baik-baik. |