Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : 1. seperti atau menyerupai kembang (bunga); ~ bakung mengombak (ikal) dan cantik spt bunga bakung (bkn bunga); 2. meletakkan bunga di kubur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadi besar (panjang, ter­buka, terbentang, dsb), kembang, berkembang: atap pondok itu drpd daun lontar yg ~ lebar; buruk dikembang pd orang banyak, elok dipilih sama seorang prb keburukan atau kerugian hendak dipertanggungkan bersama orang lain tetapi keuntungan diambil seorang diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngem.bang] | مڠمبڠ

Definisi : menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengembang

Puisi
 

Dayang Aspah anak Nualam,
     Mengembang ku bunga kembang tuli;
Ada panasnya bertengah malam,
     Turun embun bertengah hari.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKe darat mengembang payung, Payung dikembang hari pun hujan; Kalau tak dapat bunga sekuntum, Biarlah kumbang mati beragan.
Kurik Kundi Merah SagaDayang Aspah anak Nualam, Mengembang ku bunga kembang tuli; Ada panasnya bertengah malam, Turun embun bertengah hari.
Kurik Kundi Merah SagaAh Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan.
Kurik Kundi Merah SagaLambai-lambai di bawah batang, Mengembang bunga cempaka biru; Tuan kulambai serta datang, Tapi datangnya tersindu-sindu .
Kurik Kundi Merah SagaBarat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.

Kembali ke atas