Kurik Kundi Merah Saga | Rumah ini asam kelubi, Jatuh ke laut timbul tenggelam; Inilah rasa mengenang budi, Rumahku jauh hari pun malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ini rasa asam kelubi, Jatuh di laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah pun jauh hari pun malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asam pauh asam kelubi, Hanyut ke laut timbul tenggelam; Ini rasa mengenang budi, Rumah jauh hari pun malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk belinjau si daun seranti, Sayang kembang pasang pagi; Hati risau tidak terperi, Kekasih tidak mengenang budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak boleh saya nak banang, Dua tiga burung merpati; Tidak boleh saya mengenang, Kalau mengenang hancur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau pasang air di laut, Sampan kolek tarik ke tanjung; Hati mengenang mulut menyebut, Budi adik rasa nak junjung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari pauh permatang layang, Singgah berapat papan kemudi; Dari jauh abang datang, Mengenang adik baik budi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tasik dari hulu, Mengenang juga cincin permata; Malam tadi menahan rindu, Makan bersuap si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi. |