Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rat] | مڠرت

Definisi : memotong, memenggal, meman­cung (kepala): maka dikerat pusatnya, dibedung dgn kain yg keemasan; dahan kayu itu dikeratnya menjadi beberapa potong; ~ batang padi; ~ kepala, ~ leher memenggal kepala; ~ lidah menyampuk atau menyelangi perkataan (percakapan) orang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rat] | مڠرت

Definisi : memotong; memenggal; memancung (leher): ~ kayu; ~ leher. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerat (kata kerja)
Bersinonim dengan penggal, potong, pancung, hiris, kabung, sayat;,
Kata Terbitan : mengerat, terkerat, keratan,

Puisi
 

Orang Acheh mengerat kuku,
     Mari dikerat jarinya luka;
Jikalau berkasih adat dahulu,
     Habis hidayat barulah lupa.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Acheh mengerat kuku, Mari dikerat jarinya luka; Jikalau berkasih adat dahulu, Habis hidayat barulah lupa.
Kurik Kundi Merah SagaPisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki.
Kurik Kundi Merah SagaPisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya.

Kembali ke atas