Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketam3
Kata Terbitan : mengetam, mengetamkan, pengetam, mengetam, pengetaman, pengetam, mengetam,

Puisi
 

Mengetam padi dalam jerami,
     Angkut-angkut dalam almari;
Kerana sudi akan kami,
     Bila dijemput datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.
Kurik Kundi Merah SagaMengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaMengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaMengetam padi tengah hari, Padi habis dimakan helang; Pingganglah ramping tubuhnya tinggi, Jiwalah abang berasa melayang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Meminta mati dalam pangkuan, Meminta siram si air mata.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.

Kembali ke atas