Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut):perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gan.tung] | مڠݢنتوڠ

Definisi : 1 mencerut leher seseorang (sampai mati) dgn menggayutkannya pd tali yg tersangkut pd tiang dll: Pihak polis masih menyiasat siapa yg ~ gadis itu. 2 memasang (kelambu, tirai dll) dgn menyangkutkan tali dsb pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir. 3 menahan atau menangguhkan sesuatu hingga ke suatu masa yg sesuai spt sehingga cukup keterangan atau bukti, keadaan tenang dsb: Perkara itu terpaksa digantung buat sementara kerana yg dituduh tidak dpt hadir. 4 menyekat seseorang drpd menjalankan tugasnya dll: Tuan Pengurus telah ~ tiga orang kakitangannya kerana didapati tidak menjalankan kerja mereka dgn memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggantung

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah tepi padang, Boleh tidak menggantung kelambu; Dari sana sudahlah dagang, Pada siapa saya nak mengadu.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi pusat tinggi beringin, Tempat menggantung anak dewa; Hendak berpesan dengan angin, Angin tidak pandai berkata.
Kurik Kundi Merah SagaDaun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.

Kembali ke atas