Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.lang] | مڠهيلڠ

Definisi : menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikam­nya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.lang] | مڠهيلڠ

Definisi : menjadi tidak kelihatan lagi; menjadi hilang; melenyapkan diri: Kapal terbang ~ di balik awan. Ahmad terus ~ tanpa berita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hilang
1. Bersinonim dengan lenyap
( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks marah
bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut,
(adjektif:)

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang,

Puisi
 

Anak burung pandai berenang,
     Menghilang di rimba hutan berduri;
Malang hamba asyik terkenang,
     Orang dikenang membenci diri.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaAnak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri.
Kurik Kundi Merah SagaMengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaBurung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?
Kurik Kundi Merah SagaSayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang?

Kembali ke atas