Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.kut] | مڠيکوت

Definisi : 1 pergi bersama-sama; mengiring; mengekor di belakang: Kalau boleh, saya hendak ~ ayah ke Kuantan. 2 turut berbuat sesuatu; meniru: Apabila dia bertanam sayur di belakang rumahnya, banyak pula jiran yg ~nya. 3 menerima dan menurut sesuatu perintah dll; menerima dan mempercayai sesuatu ajaran dll; mematuhi; menganut: Kita hendaklah ~ nasihat orang tua-tua. Kebanyakan orang Islam di sini ~ mazhab Syafie. 4 berjalan dll dgn menggunakan jalan tertentu; melalui jalan tertentu: Mereka turun ke bandar ~ sungai. 5 menurut; berasaskan: Peta ini dilukis ~ skala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Bermaksud :

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaBasikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Kurik Kundi Merah SagaRakyat datang menaiki lancang, Lancang hanyut ke Kuala Linggi; Adik suka mengikut abang, Kalau tak abang siapa lagi?
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik di dalam longkang, Habis dimakan anak buaya; Kalaulah adik mengikut abang, Bolehlah abang berkira-kira.
Kurik Kundi Merah SagaMari menengok main telantak, Diikat juga dia pulang; Baiklah mahu mari hendak, Mengikut juga tuan pulang.
Kurik Kundi Merah SagaDuri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria.
Kurik Kundi Merah SagaPergi seberang berangan-angan, Membeli ikan ditimbang kati; Banyak orang melarang jangan, Saya seorang mengikut hati.
Kurik Kundi Merah SagaAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata.
Kurik Kundi Merah SagaSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.
12

Kembali ke atas