Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang anyamkan umpit, Buang duri di kanan jalan; Berbunyi kuang seekor sebukit, Duduk merindu di tengah malam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok mengkuang dalam paya, Kepunyaan si anak raja; Kalaulah abang tidak percaya, Ambillah pisau belah dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarang penyengat perdu mengkuang, Awa-awa kena belantik; Jika ditengok oleh orang, Buat pura dua beradik. |