Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga.
Kurik Kundi Merah SagaMengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaPohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.
Kurik Kundi Merah SagaDaun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit.
Kurik Kundi Merah SagaSama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaPohon selasih pohon mengkudu, Dibawa orang ke Singapura; Jikalau kekasih sudah berpadu, Hati riang tidak terkira.
Kurik Kundi Merah SagaIkat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda.
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pulau memetik mengkudu, Hendak dikirim ke Surabaya; Adat perantau memang begitu, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sirih dari seberang, Pokok mengkudu dahannya tinggi; Seorang kasih seorang sayang, Bagai hempedu lekat di hati.
12

Kembali ke atas